AMARAN! Perisian ini Bakal Mengubah Trend IM Tempatan & Antarabangsa dalam Menguruskan Web Jualan/Minisite Mereka Tidak Lama Lagi! Jangan teruskan membaca dan membuang masa anda jika anda tidak merancang untuk Mengikut Langkah mereka yang Telah Berjaya!

Kini hanya dengan Klik-Klik dan Isi Borang anda Mampu Memiliki Laman Web Jualan yang Canggih, Cepat, Mudah, Murah & Berkesan. Serius MUDAH Giler!


Ramai yang telah mengakuinya! Semuanya Suka! Ya, Semuanya! Inilah dia perisian yang dinanti-nantikan oleh Para Internet Markerter di Malaysia mahupun di peringkat Antarabangsa yang boleh membantu memudah dan mempercepatkan pengurusan Web Jualan Mereka!

 

Anda Tidak Percaya? Lihat sendiri apa kata mereka:

   
 

 
   
   
 

 
   
   
 

 
   

Memperkenalkan...

"Mini Site Mudah(MSM)"

MSM adalah perisian/aplikasi web yang digunakan untuk menguruskan kandungan/laman web secara dalam talian, orang-orang yang biasa dengan terma teknikal IT, biasanya mengenali perisian seperti ini sebagai CMS(Content Management System).

Perisian ini fungsinya jampir sama seperti wordpress, joomla, blogspot dan lain-lain cms. Terdapat juga syarikat di Malaysia yang membina CMS seperti ini diantaranya adalah seperti mininiaga. Cuma bezanya MSM ni dicipta/diaturcarakan KHAS untuk digunakan sebagai Minisite/Web Jualan dan ianya mengikut selera IM2 di Malaysia dimana masih ada penggunaan borang pengesahan pembayaran manual dalam proses pembelian yang biasanya digunakan oleh kebanyakkan Usahawan Online dan Internet Markerter di Malaysia.

Selain daripada itu, MSM juga telah dilengkapi dan diintegratekan dengan Skrip Sistem Affiliate Lite(SAL) Keluaran Amirol. Saya merupakan salah seorang Pemegang Lesen PLR SAL yang sah.

PAKEJ 1 - PAKEJ ASAS MSM

Perisian MSM Sahaja
Perisian MSM boleh dipasang(install) sendiri pada Akaun Hosting anda.
Anda boleh beli Skrip MSM, dan boleh memasangnya(Install) di dalam akaun hosting anda sedia-ada.
Khidmat Sokongan Selepas Jualan sehingga 1 tahun dari tarikh mula membeli.
Keahlian selama 1 Tahun
Akses Ke Ruangan Pelanggan untuk Memuat-turun Bonus-bonus tambahan selama keahlian masih aktif
Harga Pakej : RM197 sahaja!
 

PAKEJ 2 - PAKEJ MSM LENGKAP

Perisian MSM + Pendaftaran Nama Domain + Akaun Hosting 1,000MB/1GB Storan Web.
Jika anda belum mempunyai nama domain & akaun hosting, atau mungkin anda ingin membuat projek laman web baru, ini pakej yang sesuai untuk anda.
Tiada pemasangan diperlukan, Laman Web Baru anda yang diperkuasakan dengan Enjin MSM akan dipasang secara otomatik secepat 5 Minit setelah pentadbir mengesahkan pembayaran anda.
Khidmat Sokongan Selepas Jualan sehingga 1 tahun dari tarikh mula membeli.
Keahlian selama 1 Tahun
Akses Ke Ruangan Pelanggan untuk Memuat-turun Bonus-bonus tambahan selama keahlian masih aktif
Harga Pakej : RM297 sahaja!
 

 

Siapakah Yang Sesuai Menggunakan MSM Ini?

Pemilik Laman Web Jualan/Minisite yang menggunakan Statik HTML yang tidak mahir untuk mengubah/mengemaskini laman web sedia ada. Dengan menggunakan MSM, pemilik laman web boleh hanya perlu login ke ruangan pentadbiran, dan boleh edit kandungan on the spot.
IM Newbie yang baru berjinak2 dan ingin menjual produk menggunakan web jualan/minisite.
IM professional/otai pun boleh menggunakan MSM untuk memudahkan pengurusan web jualan mereka. Walaupun mereka ini telah mahir, tapi pengemaskinian laman web menggunakan Statik HTML memerlukan banyak proses(edit dilocal pc menggunakan dreamweaver/nvu, kemudian perlu ftp semula fail)
Golongan pemilik laman web yang bermasalah untuk memasang, configure & mengintegrasi sistem affiliate ke dalam laman web jualan mereka. Dengan menggunakan MSM, sistem affiliate telah tersedia, configurasi asas telah dijalankan, integrasi juga telah siap, hanya tinggal login, klik2 sahaja untuk menguruskan sistem affiliate.
Usahawan Online atau syarikat kecil & sederhana yang perlukan laman web syarikat yang basic & murah. Golongan ini juga boleh menggunakan MSM untuk laman web syarikat mereka, dimana terdapat halaman/page tambahan untuk golongan seperti ini gunakan, contohnya page produk, perkhidmatan, sokongan, soalan lazim & hubungi kami.

   
 

 
   
   
 

 
   
   
 

 
   

Anda berminat? Tapi belum bersedia untuk membeli Perisian MSM ini? Atau mungkin anda berminat untuk menyertai Program Affiliate MSM nanti bila ianya dibuka kepada umum? Subscribe newsletter MSM melalui borang dibawah:

Apa itu Sistem Pengurusan Kandungan?

Sistem Pengurusan Kandungan biasanya lebih dikenali sebagai CMS(Content Manegement System). CMS adalah merupakan sebuah sistem yang membolehkan pemiliknya mengurus, menambah dan mengemaskini isikandungan serta lain-lain penetapan atau configuration dengan lebih mudah dan secara automatik.

CMS ini biasanya dipasang terlebih dahulu didalam akaun hosting, dan kemudian segala urusan pengurusan isikandungan dijalankan secara online. Jadi anda tidak perlu lagi membuat atau mengemaskini kandungan halaman web anda didalam pc menggunakan editor seperti NVU atau Dreamweaver. Anda juga tidak perlu lagi transfer fail-fail laman web anda menggunakan FTP program setiap kali ingin mengemaskini atau menambah isikandungan baru.

Dengan menggunakan CMS, anda hanya perlu login sebagai pentadbir web, kemudian klik menu untuk menambah atau mengemaskini isikandungan laman web anda. Ianya MUDAH, CEPAT & Berkesan seperti yang anda lihat didalam video diatas.

Kepada yang biasa menggunakan Wordpress dan Blogger.com, sebenarnya anda telah pun menggunakan CMS, Wordpress dan Blogger adalah contoh CMS, mudah untuk anda mengemaskini atau menambah isikandungan bukan?

Terdapat banyak CMS dipasaran selain wordpress dan blogger.com. Antaranya ialah seperti Joomla, Drupal, phpnuke dan banyak lagi.

Jadi, kenapa perlu ada CMS MSM?

Walaupun terdapat banyak CMS dipasaran, namun CMS-CMS berkenaan tidak berapa sesuai atau mungkin tidak lengkap atau tidak MUDAH untuk digunakan sebagai Web Jualan atau Minisite kerana CMS-CMS berkenaan BUKAN dibangunkan untuk kegunaan sebagai Web Jualan, ianya lebih kepada kegunaan seperti blogging dan sebagai laman web professional seperti web syarikat, portal jabatan kerajaan dan sebagainya.

Jadi kerana itulah CMS MSM ini dibangunkan. Ianya dicipta secara spesifik untuk kegunaan Web Jualan atau Minisite, dimana pemilik web lebih mudah menguruskan kandungan dalam bentuk teks/html, video, opt-in form atau autoresponder dan pelbagai lagi ciri-ciri yang menarik.

Antara Ciri-ciri MSM ini adalah seperti berikut:

  1. Pengurusan Isikandungan Teks/HTML(Surat Jualan, Testimoni, Bonus dan lain-lain)
  2. Pengurusan Isikandungan Video
  3. Pengurusan Isikandungan/Ruang Borang Opt-In Form/Autoresponder(GetResponse, Aweber, TrafficWave, ListWire dan Custom)
  4. Pengurusan Isikandungan /Page Tambahan(OTO – One Time Offer, Tawaran Istimewa, Testimoni, Soalan Lazim, Bonus, Bantuan/Sokongan, Borang Hubungi Kami, Produk & Perkhidmatan.
  5. Pengurusan Butang & Link Pembelian
  6. Pengurusan Maklumat Bank(Cara Menerima Pembayaran)
  7. Borang Pengesahan Pembayaran Siap sedia(tidak perlu edit atau diintegrasikan secara manual.
  8. Integrasi Penuh dengan Sistem Affiliate Lite(SAL) - Tidak perlu lagi bersusah payah membuat integrasi borang atau kod Affiliate Tracking. Dengan MSM semua dah siap.
  9. Pengurusan Data/Rekod Jualan & Pelanggan
  10. Ruangan Login Ahli untuk muat-turun produk digital(Fungsi Keahlian)
  11. Pengurusan Fungsi Media Sosial(Facebook Comment, Like/Send, Twitter & Google Plus.
  12. Integrasi Google Analytics.
  13. Pengurusan SEO
  14. Pengurusan Rekabentuk/Template
  15. Pengurusan Menu
  16. URL Login Pentadbiran Dinamik
  17. Pengurusan Produk Digital
  18. Fungsi Backup

dan pelbagai lagi ciri-ciri yang menarik!

Teks yang anda sedang baca ini juga dijana menggunakan MSM, tidak perlu lagi saya bersusah payah update atau tambah kandungan baru dilocal pc menggunakan perisian seperti NVU, Dreamweaver dan lain2, kemudian nak ftp lagi.

Dengan menggunakan MSM saya hanya perlu login ke dalam sistem dan terus klik kemaskini atau tambah isikandungan baru.

Saya bercita-cita untuk membangunkan perisian yang BETUL-BETUL MUDAH sehinggakan newbie atau siapa sahaja yang langsung tidak mahir IT boleh menguruskan laman web jualan mereka.

Saya bukan buat sistem ikut syok sendiri, saya bertanya dengan usahawan-usahawan online yang lain dan meminta pendapat serta input daripada mereka, agar saya dapat bangunkan sistem yang memang diperlukan, screenshot gambar diatas halaman web ini antara "OTAI" IM yang saya tanya, dan input beliau sangat berharga bagi saya, katanya kalau nak mudah, "Isi tempat kosong, SIAP!"

Bayangkan OTAI pun nak sistem macam tu, inikan pula anda diluar sana yang mungkin langsung tidak berpengalaman membangun, dan menguruskan laman web jualan.

Jadi itulah antara serba sedikit Konsep & Ciri-ciri perisian yang saya bangunkan, InshaAllah, ianya akan menjadi satu realiti... 2012 PASTI MSM akan mengegarkan Dunia Perniagaan dan Pemasaran Internet di Malaysia, amin...

Walaupun begitu, perisian ini masih lagi dalam proses pengaturcaraan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2011 ini. Saya akan update informasi terkini di halaman web ini ataupun di facebook page dari masa ke semasa.

Ciri-ciri tambahan yang akan dibangunkan kelak

  • Facebook Profile Badges
  • Facebook Page Badges
  • Komisyen Recurring Affiliate
  • Integrasi dengan Autoresponder iContact
  • Integrasi Kandungan Video Vimeo
  • Installer Template Rekabentuk & Plugin
  • dan lain-lain ciri-ciri tambahan berdasarkan permintaan pelanggan sedia-ada MSM.

dan akan ditambah lagi dari masa ke semasa.


Penjelasan Faedah & Fungsi MSM

1. Pengurusan Isikandungan Teks/HTML

  • MSM menyediakan pilihan untuk pengguna menambah atau mengemaskini isikandungan menggunakan borang yang disediakan. Hanya isi borang, isikandungan akan dijana secara otomatik di halaman utama surat jualan. Pengguna boleh memilih samada menggunakan borang teks biasa atau HTML menggunakan WYSIWYG editor.
     
  • Isikandungan Surat Jualan boleh ditambah mengikut blok/section. Pengguna tidak terikat untuk menambah isikandungan hanya menggunakan 1 borang/form sahaja. Jika keseluruhan kandungan surat jualan hanya di”Control” oleh satu borang sahaja, ini menyusahkan pengguna untuk mengemaskini kandungan, kena scroll memajang sehingga habis ke kandungan surat jualan, ini juga membuatkan pengguna terpaksa menunggu agak lama untuk load keseluruhan kandungan surat jualan yang panjang, sedangkan pengguna hanya ingin edit sebahagian kecil sahaja isikandungan.
     
  • Dengan MSM, setiap isikandungan boleh dipecah-pecahkan mengikut blok, sebagai contoh kandungan Headline Utama 1 Blok, Pengenalan Produk 1 Blok, Testimoni 1 Blok dan seterusnya.. Jadi apabila pengguna ingin mengemaskini kandungan Testimoni sahaja contohnya, maka boleh edit blok Testimoni yang berkenaan sahaja, MSM hanya load kandungan utk blok berkenaan sahaja untuk diedit, bukan keseluruhan surat jualan. Ini mempercepatkan proses kemaskini kerana sistem dapat load dengan cepat, kerana tidak perlu load keseluruhan surat jualan.
     
  • Selain daripada itu, MSM juga mempunyai ciri-ciri susunan blok. Oleh yang berkenaan, jika pengguna ingin menukar susunan kandungan mengikut blok2 kandungan menjadi sangat mudah. Sebagai contoh, Kandungan Surat Jualan pengguna seperti berikut:
    1. Headline
    2. Pengenalan
    3. Produk
    4. Bonus
    5. Testimoni
  • Setiap blok kandungan diatas disusun mengikut nombor seperti diatas. Pengguna boleh edit semula susunan kandungan berkenaan, menjadi seperti berikut:
    1. Headline
    2. Pengenalan
    3. Produk
    4. Testimoni <-- Asalnya Disusun pada nombor 5
    5. Bonus <-- Asalnya Disusun pada nombor 4
  • Dengan ciri-ciri ini, susunan kandungan lebih mudah, tidak perlu lagi copy paste kandungan seperti biasa yang dibuat oleh pengguna-pengguna yang menggunakan html editor biasa seperti NVU atau Dreamweaver atau CMS lain yang bergantung pada 1 borang untuk menguruskan isikandungan. (Sila Rujuk Video Fungsi Pengurusan Kandungan dibawah)

2. Pengurusan Isikandungan Video

  • Untuk menambah isikandungan video, pengguna hanya perlu isi borang sahaja, selebihnya MSM uruskan, tidak perlu lagi copy paste embedded code yang mungkin boleh rosak jika pengguna yang tidak mahir/newbie membuat kesilapan semasa copy paste embedded code video.
     
  • Kandungan video juga boleh disusun mengikut nombor dan dimasukkan kedalam web jualan mengikut blok. (Sila Rujuk Video Fungsi Pengurusan Kandungan Video dibawah)

3. Pengurusan Isikandungan/Ruang Borang Opt-In Form/Autoresponder

  • Sama juga seperti mengurus/menambah kandungan video, untuk menambah borang Opt-In atau Autoresponder, pengguna hanya perlu isi borang sahaja, selebihnya MSM akan menjana borang AR secara otomtik. (Sila Rujuk Video Fungsi Pengurusan Kandungan Autoresponder dibawah)

4. Pengurusan Isikandungan /Page Tambahan(OTO – One Time Offer, Tawaran Istimewa, Testimoni, Soalan Lazim, Bonus, Bantuan/Sokongan, Borang Hubungi Kami, Produk & Perkhidmatan.

  • MSM bukan sahaja membolehkan pengguna menambah isikandungan di halaman utama surat jualan sahaja, pengguna juga boleh menambah isikandungan dan page tambahan seperti page OTO, Tawaran Istimewa, Page Soalan Lazim, Page Hubungi kami(Termasuk Borang Hubungi Kami), Page Berita terkini dan pelbagai lagi.
     
  • Konsep menguruskan isikandungannya adalah sama seperti pengguna menguruskan isikandungan Surat Jualan, ada fungsi Kandungan mengikut blok & Susunan. Berikut adalah contoh2 isikandungan yang saya aktifkan di halaman rasmi MSM:
    1. http://www.minisitemudah.com/hubungi-kami.php
    2. http://www.minisitemudah.com/berita-terkini.php
    3. http://www.minisitemudah.com/soalan-lazim.php
    4. http://www.minisitemudah.com/testimoni.php

5. Pengurusan Butang & Link Pembelian

  • Menambah Butang Pembelian sangat mudah dengan MSM, pelbagai jenis rekabentuk butang pembelian telah disediakan oleh MSM, pengguna hanya klik dan pilih sahaja butang pembelian yang ingin digunakan. Butang ini yang akan diklik oleh pelanggan untuk membeli produk kita.
     
  • Jika pengguna mempunyai rekabentuk butang pembelian sendiri untuk digunakan, pengguna boleh upload terus menggunakan borang upload yang disediakan.
     
  • Pautan link ke page pembelian akan dijana secara otomatik oleh MSM, jadi pengguna tidak perlu membuat link ke page pembelian. Hanya pilih butang yang ingin digunakan sahaja.

6. Pengurusan Maklumat Bank(Cara Menerima Pembayaran)

  • MSM telah menyediakan borang untuk pengguna memasukkan maklumat bank seperti penama, no akaun bank, pilihan bank dan logo bank yang berkaitan, pengguna hanya perlu klik dan isi borang sahaja, maklumat bank yang telah diisi berkenaan akan otomatik dijana di halaman pembelian/pengesahan pembayaran.
     
  • Pengguna boleh masukkan/tambah seberapa banyak maklumat bank yang diperlukan dan ianya akan dipaparkan pada page pembelian/pembayaran, tiada had.

7. Pengurusan Fungsi Media Sosial(Facebook Comment, Like/Send, Twitter & Google Plus.

  • MSM juga telah menyediakan borang, untuk pengguna mengaktifkan Fungsi Komen Facebook, Facebook Like/Send, Twitter & Google+.
     
  • Pengguna hanya perlu klik dan isi borang sahaja. Integrasi Facebook dan media sosial berkenaan telah dijana oleh MSM secara otomatik, tidak perlu lagi copy paste code ke dalam source code laman web pengguna, ini amat menyusahkan pengguna-pengguna Newbie yang tidak mahir melihat kod HTML. (Sila Rujuk Video Fungsi Media Sosial dibawah)

8. Integrasi Google Analytics.

  • Google Analytics ini amat penting untuk kita track dan melihat statistik visitor/pengunjung laman web jualan kita.
     
  • Dengan MSM, pengguna hanya perlu isi 1 sahaja maklumat ke dalam borang yang disediakan oleh MSM. Seterusnya Fungsi Google Analytics akan aktif secara otomatik.

9. Pengurusan SEO

  • Salah satu fungsi penting yang disediakan oleh MSM ialah Pengurusan Profil Web MSM/Konfigurasi Global. Melalui ruangan ini, pengguna boleh mengemaskini dan menetapkan Tajuk Laman Web, Description dan Keyword dalam web jualan mereka untuk tujuan SEO(Search Engine Optimisation)
     
  • Pengguna hanya perlu klik dan isi borang yang disediakan sahaja. Selebihnya MSM yang uruskan.(Sila Rujuk Video Fungsi Konfigurasi MSM dibawah)

10. Pengurusan Rekabentuk/Template

  • MSM telah menyediakan beberapa rekabentuk template yang boleh digunakan bersama Web MSM. Pengguna hanya perlu pilih dan klik rekabentuk yang mereka ingin gunakan.
     
  • Selain daripada itu, pengguna juga boleh upload rekabentuk header sendiri yang ingin digunakan melalui borang upload header/footer yang disediakan. Klik2 isi borang, selesai. :)

11. URL Login Pentadbiran Dinamik

  • Ini adalah salah satu ciri-ciri keselamatan(Security Features) yang disediakan oleh MSM yang jarang dapat dilihat pada mana-mana CMS yang lain.
     
  • Untuk melihat borang Login ke Ruangan Pentadbiran, pengguna perlu mengguna URL seperti berikut:

    http://www.namadomain.com/pentadbiran=kodrahsia

    kodrahsia pada URL berkenaan boleh ditukar kepada kod unik dan ianya adalah rahsia pemilik web MSM, sebagai contoh:

    http://www.namadomain.com/pentadbiran=Xyhd793

    Oleh yang berkenaan hanya pemilik web berkenaan sahaja yang tahu kod berkenaan untuk log masuk ke ruangan pentadbiran. Ini menyusahkan hacker untuk cuba log masuk ke ruangan pentadbiran, kerana sebelum mencuba untuk login, hacker/penggodam juga perlu tahu terlebih dahulu kod rahsia berkenaan untuk mencuba login, tanpa kod berkenaan, hacker tidak berpeluang langsung untuk cuba log masuk ke ruangan pentadbiran.
     
  • Jadi terdapat 2 layer keselamatan dalam MSM:
    1. URL Dengan kod Sekuriti
    2. Login Ruangan Pentadbiran.
       
  • * MSM mengambil berat tentang keselamatan, dizaman ini terdapat ramai penggodam/pengguna yang tidak bertanggungjawab yang sering menggangu dan menyusahkan pemilik laman web. Oleh yang berkenaan, ciri-ciri keselamatan seperti ini diharap dapat mengurangkan risiko Web Jualan pelanggan daripada diganggu.

12. Pengurusan Produk Digital

  • Dengan menggunakan MSM, pengguna boleh menetapkan folder yang “selamat” untuk menyimpan fail2 produk digital. “Selamat” yang dimaksudkan ialah folder berkenaan duduknya diluar root folder akaun hosting(luar public_html).

    Langkah ini amat penting bagi mengelakkan penggodam/hacker atau pengguna yang tidak bertanggungjawab mengongsikan folder produk kepada pengguna lain untuk download produk digital berkenaan secara tidak sah.
     
  • Selain daripada itu, pautan download produk yang dijana secara otomatik oleh MSM juga tidak boleh dikongsikan kepada pengguna lain bagi mengelakkan aktiviti download produk secara tidak sah.
     
  • MSM telah menyediakan borang yang mudah untuk diisi untuk pengguna menambah fail-fail produk digital yang bakal dimuat-turun oleh pelanggan yang membeli produk berkenaan. Fail-fail produk berkenaan boleh dimasukkan tanpa had.

13. Fungsi Backup

  • Hanya dengan 1 klik, pengguna boleh backup keseluruhan fail laman web termasuk database. Fail backup ini boleh digunakan semula untuk restore laman web pengguna jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti server crash, server tidak backup akaun hosting dengan betul dan sebagainya.

Saya masih tak faham dan tak dapat bayangkan macam mana MSM ni berfungsi, Ada Video Demo ker?

Ya! Sebelum anda bertanyakan soalan ini, saya telah bersedia untuk menjawabnya, sila tonton Video-video sebahagian Fungsi MSM dibawah:

 

Video Fungsi MSM - Menguruskan Kandungan Bahagian 1


Video Fungsi MSM - Menguruskan Kandungan Bahagian 2


Video Fungsi MSM - Menguruskan Kandungan Bah. 3


Video Fungsi MSM - Menguruskan Menu


Video Fungsi MSM - Media Sosial


Video Fungsi MSM - Backup


Video Fungsi MSM - Konfigurasi MSM


Ok, saya dah penat tengok video, saya nak tahu, apa yang saya dapat kalau beli Pakej MSM ni?

Ketika ini, MSM menawarkan 2 Pakej:

PAKEJ 1 - PAKEJ ASAS MSM

Perisian MSM Sahaja
Perisian MSM boleh dipasang(install) sendiri pada Akaun Hosting anda.
Anda boleh beli Skrip MSM, dan boleh memasangnya(Install) di dalam akaun hosting anda sedia-ada.
Khidmat Sokongan Selepas Jualan sehingga 1 tahun dari tarikh mula membeli.
Keahlian selama 1 Tahun
Akses Ke Ruangan Pelanggan untuk Memuat-turun Bonus-bonus tambahan selama keahlian masih aktif
Harga Pakej : RM197 sahaja!
 

PAKEJ 2 - PAKEJ MSM LENGKAP

Perisian MSM + Pendaftaran Nama Domain + Akaun Hosting 1,000MB/1GB Storan Web.
Jika anda belum mempunyai nama domain & akaun hosting, atau mungkin anda ingin membuat projek laman web baru, ini pakej yang sesuai untuk anda.
Tiada pemasangan diperlukan, Laman Web Baru anda yang diperkuasakan dengan Enjin MSM akan dipasang secara otomatik secepat 5 Minit setelah pentadbir mengesahkan pembayaran anda.
Khidmat Sokongan Selepas Jualan sehingga 1 tahun dari tarikh mula membeli.
Keahlian selama 1 Tahun
Akses Ke Ruangan Pelanggan untuk Memuat-turun Bonus-bonus tambahan selama keahlian masih aktif
Harga Pakej : RM297 sahaja!
 

 

Siapa Saya?

Gambar di GermanyAssalamualaikum & Salam Sejahtera rakan-rakan, Usahawan-usahawan, IMers, Affiliaters, MLMers dan "ers2" yang lain yang berada dalam talian yang saya hormati.

Saya Yasir Arafat bin Sepaat, berumur 35 tahun dan berasal dari Johor. Saya telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang comel :)

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kerana meluangkan masa anda mengunjung laman web ini.

Tujuan saya membangunkan laman web ini adalah untuk membantu usahawan-usahawan online dan memudahkan usaha mereka dalam membangun dan menguruskan laman web jualan mereka.

Latar Belakang & Pengalaman

Saya berpendidikan taraf diploma IT. Memiliki Sijil Diploma IT dari Akademi Infotech MARA(1996-1998)(Kini lebih dikenali Sebagai Universiti Kuala Lumpur) & Sijil Diploma IT NCC UK(National Computing Center)

Berpengalaman dalam bidang pembangunan laman web sejak 1999.(Hampir 13 Tahun). Pada tahun yang sama, saya membuka perniagaan kafe siber, sambil menjalankan aktiviti pembangunan laman web.

Pada 2003, saya mula menjalankan perniagaan pendaftaran nama domain & khidmat Web hosting dengan menggunakan jenama usahawanterbilang.com. Perniagaan hosting saya bertahan sehingga kini dan masih menggunakan jenama yang sama di www.usahawanterbilang.com

Berkemahiran dalam membangunkan laman web Dinamik menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP & MySQL database.

Berpengalaman membangunkan laman web syarikat, korporat, agensi kerajaan. Kategori laman web Dinamik yang saya pernah bangunkan adalah seperti ecommerce, portal, membership/keahlian, komuniti, forum, sistem/aplikasi online, pengiklanan(classifieds ads site), business directory dan pelbagai lagi.

Saya juga pernah dijemput sehingga ke Munich Germany untuk membangunkan laman web & Sistem Pembelajaran secara Online(e-Madrasah) untuk sebuah masjid disana.

Gambar dibangunan Masjid di Germany untuk projek e-Madrasah.

Sebahagian pelanggan-pelanggan saya:

  1. Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah – www.fadzilahkamsah.com
  2. Syarikat Training Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah – www.excel-training.com.my
  3. Dato Stapa Omar(Jutawan DCL) – www.dcl.com.my
  4. Dato Azlina(Jutawan Dnavechee Beauty) – www.dnavechee.com.my
  5. Sepang Air Craft Engineering(Syarikat MRO-Repair & Overhaul Kapal Terbang Air Asia) – www.sepangaircraft.com
  6. Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Selangor – www.jpbdselangor.gov.my
  7. Jabatan Kerja Raya Melaka – www.jkrmlk.gov.my
  8. Jabatan Kerja Raya Terengganu – terengganu.jkr.gov.my

Untuk membangunkan laman web pelanggan-pelanggan saya, saya perlu mendaftar akaun web hosting untuk setiap projek, oleh yang berkenaan, saya mengambil keputusan untuk memiliki server web hosting sendiri untuk menjimatkan kos. Alhamdulillah sehingga kini server web hosting saya berjalan dengan lancar dan sekaligus menjadi salah satu cabang perniagaan online saya. Anda boleh melayari laman web hosting saya di www.usahawanterbilang.com <- Saya minta kebenaran & restu Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah untuk menggunakan branding Usahawan Terbilang ini. :)

Saya, Faisal Abdullah, Amir & Dato Stapa DCLSelain daripada itu, Dato' Stapa & Isterinya Dato' Azlina juga pernah mendapatkan khidmat saya untuk halaman web perniagaan mereka iaitu DCL & Dnavechee (www.dcl.com.my & www.dnavechee.com.my) Gambar disebelah adalah saya, Dato Stapa, Amir sahabat saya dan juga Faisal Abdullah yang juga seorang Full Time Internet Marketer ketika kami membuat kerja-sama dengan Syarikat DCL kepunyaan Dato Stapa.

Selain daripada syarikat korporat, saya juga berpengalaman membangunkan halaman web Agensi Kerajaan dan Alhamdulillah, kesemua laman web kerajaan yang saya bangunkan mendapat taraf 5 Bintang.

Tidak terniat dihati saya untuk berbangga atau menunjukkan kehebatan saya(show-off), saya sekadar ingin berkongsi pengalaman saya dan dengan harapan anda semua yakin dengan hasil kerja, pengalaman dan kebolehan saya.

Hasil daripada pengalaman inilah saya mendapat idea untuk mencipta produk saya sendiri.

Dihalaman yang anda sedang baca ini, saya menawarkan perisian yang merupakan produk sulung saya yang boleh membantu dan meMUDAHkan Usahawan Online seperti anda dalam membangun dan menguruskan laman web jualan.

Perisian yang saya maksudkan ini saya namakan sebagai "MiniSiteMudah" atau shortformnya MSM - Mini Site Mudah.

Semoga MSM ni betul-betul mampu membantu anda semua diluar sana...

Pengalaman sebagai Trainer

Selain daripada membangunkan halaman web & pembangunan sistem online, saya juga aktif memberikan latihan CMS Joomla dengan kerjasama JomTraining kepunyaan En Zaki yang juga seorang Internet Markerter & Usahawan Latihan sepenuh masa.

Peserta-peserta latihan saya terdiri daripada pelbagai lapisan pengguna termasuk guru, lecturer, kakitangan IT syarikat swasta dan kerajaan, pelajar, usahawan, pesara kerajaan dan pelbagai lagi.

Sekali lagi saya ucapkan Terima Kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa anda, dan teruskan membaca sehingga habis.

Bergambar bersama peserta latihan CMS Joomla di JomTraining.

Kelebihan MSM vs Pesaing

Ciri-ciri

MSM

Pesaing

Wordpress

Statik HTML

Login Pentadbiran
Pengurusan Kandungan Tiada, Kemaskini Manual
Pengurusan Menu Tiada, Kemaskini Manual
Fungsi Sosial Media Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul Tiada, tapi boleh ditambah secara Manual
Pengurusan Bank(Cara Terima Bayaran) Tiada, maklumat bank dimasukkan secara manual Tiada, maklumat bank dimasukkan secara manual
Borang Pengesahan Pembayaran Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul Ada, tetapi Kemaskini Manual, perlu integrasi dengan sistem affiliate
Affiliate Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul Tiada, boleh ditabah secara manual
Pengurusan Jualan Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul Tiada, semua jualan cek melalui email
Pengurusan Pelanggan Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul
Pengurusan SEO Tiada, Kemaskini Manual
Pengurusan Produk Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul Tiada, Kemaskini Manual
Modul Backup, 1 KLIK Tiada, backup biasanya dijalankan secara manual melalui cpanel Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul Tiada, backup biasanya dijalankan secara manual melalui cpanel
Isi Kandungan Tambahan Tiada, Kemaskini/Tambah secara Manual
Page Pelanggan/Login Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul
Pengurusan Fail Produk Digital/Download Page Tiada, deliver produk secara manual melalui email atau ruangan download yang tidak selamat(link/folder rahsia)
Keselamatan Fail Produk(Download) Selamat Tidak Diketahui Tidak diketahui Tidak Selamat
Pengurusan Rekabentuk/Template
Had Bilangan Produk Tiada Had Terhad Tiada Had, tapi perlu install addon/modul
Pengurusan Butang/Link Belian
Pengurusan Opt-In Form/Autoresponder
Pengurusan Kandungan Video Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul Tiada, Kemaskini Manual
Kesesuaian Jenis Produk Digital, Fizikal, Perkhidmatan(all in one) Terhad kepada jenis digital sahaja atau fizikal sahaja Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul Setiap jenis produk perlu ditambah/dikemaskini secara manual
Integrasi Google Analytics Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul Tiada, perlu diintegrasikan kod Google Analytics secara manual

 

PAKEJ 1 - PAKEJ ASAS MSM

Perisian MSM Sahaja
Perisian MSM boleh dipasang(install) sendiri pada Akaun Hosting anda.
Anda boleh beli Skrip MSM, dan boleh memasangnya(Install) di dalam akaun hosting anda sedia-ada.
Khidmat Sokongan Selepas Jualan sehingga 1 tahun dari tarikh mula membeli.
Keahlian selama 1 Tahun
Akses Ke Ruangan Pelanggan untuk Memuat-turun Bonus-bonus tambahan selama keahlian masih aktif
Harga Pakej : RM197 sahaja!
 

PAKEJ 2 - PAKEJ MSM LENGKAP

Perisian MSM + Pendaftaran Nama Domain + Akaun Hosting 1,000MB/1GB Storan Web.
Jika anda belum mempunyai nama domain & akaun hosting, atau mungkin anda ingin membuat projek laman web baru, ini pakej yang sesuai untuk anda.
Tiada pemasangan diperlukan, Laman Web Baru anda yang diperkuasakan dengan Enjin MSM akan dipasang secara otomatik secepat 5 Minit setelah pentadbir mengesahkan pembayaran anda.
Khidmat Sokongan Selepas Jualan sehingga 1 tahun dari tarikh mula membeli.
Keahlian selama 1 Tahun
Akses Ke Ruangan Pelanggan untuk Memuat-turun Bonus-bonus tambahan selama keahlian masih aktif
Harga Pakej : RM297 sahaja!
 

 

Anda masih belum yakin? Cuba anda lihat sendiri Video Review & Testimoni Salah Seorang Pelanggan MSM yang berpuas hati.

   
   
   
 
 

Halaman Web ini dijana dan diperkuasakan oleh Mini Site Mudah(MSM)